Siapa saya ? Kak Achaa - Bebas Psoriasis
Assalamualaikum hai,
Salam perkenalan dari saya atau lebih dikenali dengan nama pena acachiaa, kerana nama pena tersebut ramai yang panggil saya kak Achaa di instagram saya.
Dalam post ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai saya.
Saya merupakan penderita ekzema sejak dari lahir. Sejak baby saya mempunyai ekzema. Ibu bapa saya hanya membawa saya ke klinik dan seperti umum mengetahui rawatan ekzema biasa diberi krim steroid. Begitulah kehidupan saya membesar sebagai anak ekzema. Saya pasti ramai di kalangan anda juga begitu.
Jadi sepanjang kehidupan kanak-kanak saya sebagai pengidap ekzema, sekiranya ekzema saya meradang@flare, rawatan yang saya terima adalah ibu-bapa mebawa ke klinik, dan hanya menerima rawatan ‘cream steroids’ hinggalah dewasa.
Setelah dewasa dan sedar akan penyakit saya, saya mula mencari penyelesaian, namun gagal. Saya masih meneruskan penggunaan ‘cream steroids’ dan mendapatkan injection@cucukan di klinik sekiranya flare saya teruk.
Kebiasaannya selepas mendapatkan injection, ekzema saya akan hilang seketika dan saya merasa selesa dan gembira. Ketika ini, sebagai kanak-kanak saya tidak tahu erti bahaya akan penggunaan ‘steroid creams’.
Ekzema adalah penyakit genetik dan kebiasaannya dirawat hanya dengan ‘steroid cream’
Ketika meningkat remaja, ekzema saya menjadi semakin teruk. Saya yang tidak mempunyai ilmu mengenai ekzema ketika itu, sama seperti rata-rata pengidap ekzema yang lain, mula merasa stress.
Walaupun tahu mengenai ekzema adalah penyakit genetik, tapi saya masih tidak tahu bahawa makanan sangat berkait rapat dengan punca ekzema semakin teruk.
Setelah remaja, saya mula menyedari terdapat kuping-kuping tumbuh di lapisan kulit kepala (scalp) dan di bahagian gigi rambut. Saya mendapatkan rawatan di klinik, Dr mengesahkan saya mengidap scalp psoriasis & juga guttate psoriasis.
Setelah menjadi seorang pesakit psoriasis, kehidupan saya semakin stress. Saya sering menghidapi inflammation@flare dari psoriasis.
Kulit menjadi kering dan gatal. Sekiranya digaru, kulit mudah berdarah.
Saya semakin banyak menggunakan ‘steroid cream’ sejak dari itu. Saya juga telah berkahwin dan telah memberitahu pasangan mengenai keadaan saya tersebut. Suami saya memahami keadaan saya.
Setelah berkahwin psoriasis saya masih menggila. Saya juga kerap pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya saya diberi ‘cream steroids’ dan krim pelembap untuk mengurangkan inflammation yang saya hadapi.
Saya telah melahirkan 3 cahaya mata. Alhamdulillah anak pertama (lelaki) dan kedua (perempuan) tidak menunjukkan tanda mewarisi ekzema saya, namun malangnya anak ketiga saya (perempuan) menghadapi masalah ekzema.
Ketika ini, saya berusaha keras untuk keluar dari masalah psoriasis & juga berdoa agar anak ketiga saya tidak menghadapi masalah psoriasis kelak. Kerana itulah saya berusaha mencari ilmu penyembuhan psoriasis.
Alhamdulillah, hasil doa dan usaha saya mencari di internet, saya terjumpa video Dr. Noordin Darus – Psoriasis Bukan Penyakit Kulit. Di situlah titik permulaan perjalanan merawat diri saya sendiri dan berharap bertemu kesembuhan.
Pelbagai ilmu kesihatan yang sebelum ini saya tidak tahu mula saya fahamkan. Saya berulang kali menonton video Dr. Noordin Darus dan memahami pelbagai konsep kesihatan yang sebelum ini amat asing bagi saya. Walaupun begitau saya dapat memahami dan yakin mampu sembuh.
Hasil pembelajaran, ilmu dari video Dr. Noordin Darus dan juga hasil mencatat ilmu pemakanan dan kesihatan, saya lebih jelas mengenai pemilihan pemakanan yang harus dielak.
Saya juga mula lebih faham konsep leaky-gut, mengenai makanan tinggi histamin, nightshades, gluten dan pelbagai jenis makanan yang harus dielak.
Dengan ilmu dan keyakinan yang tinggi saya berpantang & meneruskan usaha. Produk-produk yang direkomendasi dari Dr. Noordin Darus (DND Wellness) amat membantu saya untuk sembuh.
Akhirnya saya sembuh dari psoriasis secara natural dengan hanya berpantang menggunakan diet di dalam buku E-Book Bebas Psoriasis. Protokol di dalam diet pantang e-book ini diinspirasi oleh diet DND ditambah dengan tips-tips kesihatan lain untuk kesembuhan.