Jus Celery Hijau – Anti Radang & Detox terbaik
Celery atau dalam Bahasa Melayu Saderi, merupakan tumbuhan hijau/sayur yang mempunyai sifat anti-radang & anti-oxidant.
Tahukah anda, pengambilan saderi bukan sahaja mampu menurunkan berat badan, ia juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh keradangan seperti sakit sendi, gout, sakit buah pinggang, psoriasis dan ekzema.
Sewaktu gigih berpantang, kak Achaa amalkan minum celery jus setiap hari untuk kurangkan keradangan & boost proses penyembuhan psoriasis.
2 Menu penyediaan celery
1. ‘Pure Celery Juice’ 300ml – Saderi segar.
2. ‘Green Detox’ 300ml – Campuran Saderi segar & apple Hijau
Sedikit mengenai celery jus : Ramai orang mengatakan celery jus tidak sedap, rasa tanah. Tips nak bagi rase sedap, cara terbaik adalah rendam dengan air garam (kak Achaa gunakan garam pink Himalaya, organik). Selepas direndam dalam 10-15 minit, toskan dan terus blend menggunakan slow juicer. Tidak perlu ditambah air.
Hasilnya.. TADAA siap diminum.. sedia diminum, kalau rajin boleh buat 2-3 botol camni. Cari botol. Boleh juga diblend bersama apple hijau.
DAEWOO Slow Juicer
Untuk yang nak cari slow juicer harga bajet, boleh cube brand Daewoo ni, kak Achaa pakai ni je. Biasa harga branded slow juicer ribu-ribu. Yang ni ratus-ratus je. Beli mase Shopee Flash Deal dapat jimat lagi. hehe
E-Book Bebas Psoriasis
Jus celery hijau ni minuman kegemaran kak Achaa masa pantang nak sembuh psoriasis, boleh minum selalu. Cuma harga celery agak mahal sekarang. Kalau rajin boleh tanam sendiri. Kalau takde takpe, cukup amalkan minum air Spritzer.