Ilmu Rawatan Psoriasis
Rawatan psoriasis yang saya amalkan adalah menggunakan cara diet berpantang makanan dan sebelebihya dengan mengamalkan supplemen pemakanan. Pada awalnya saya juga seperti rakan psoriasis yang lain yang bergantung harap pada cream steroid untuk mengurangkan inflammation psoriasis dan mengharapkan psoriasis akan sembuh satu hari nanti.
Namun setelah bertahun menggunakan ‘cream steroid’, badan saya mula menjadi semakin sakit. Cream steroid tidak lagi membantu saya, bahkan membuat keadaan makin teruk !
Menurut Dr. Noordin Darus, seorang doktor perubatan di Malaysia. Psoriasis adalah salah satu dari penyakit ‘autoimmune’. Autoimmune adalah penyakit genetik yang amat sukar dirawat sekiranya tiada ilmu mengenainya.
Berikut di bawah adalah beberapa penyakit yang berpunca dari autoimmune, sebenarnya terdapat lebih 80 hingga 90 jenis penyakit autoimmune dan psoriasis hanyalah salah satu dari penyakit-penyakit dari autoimmune.

Menurut Dr. Noordin Darus lagi, autoimmune sangat berkait rapat dengan kesihatan usus. Dan pengidap autoimmune kebiasaanya memiliki genetik usus yang lemah.
Hasil pemakanan masa kini seperti pengambilan makanan segera, tinggi gluten & makanan-makan tinggi radang menyebabkan usus yang lemah tersebut mula meradang. Keadaan ini dipanggil usus tertiris adalah dalam bahasa inggeris ‘leaky guts’.
Kesan dari urus tertiris ini menyebabkan pelbagai bahan terlarang seperti toxin, bacteria jahat, virus, gluten dan lain-lain terlepas dari salur usus dan keluar di salur darah. Lantas berlaku proses imun yang sentiasa menyebabkan badan anda meradang. Sekiranya anda menghadapi psoriasis, psoriasis anda akan menjadi lebih teruk setelah makan makanan tinggi gluten, tinggi radang, dan tinggi gula.
Salur darah anda akan dalam sentiasa keadaan inflammation selagi usus yang tertiris@leaky gut tidak di baiki / disembuhkan. Segala bahan terlarang toxin, virus, gluten, bacteria jahat dan lain-lain yang terlepas ke salur darah akan SENTIASA berperang sistem imun badan manusia yang cuba melawan dengan menghasilkan lebih banyak sel darah putih (Anda patut tahu sel darah putih melawan bacteria jahat dan bahan terlarang di dalam badan manusia). Lantas badan anda meradang dan menjadi psoriasis atau apa-apa cabang penyakit autoimmune lain.
Inilah yang dipanggil sindrom usus tertiris dan autoimmune.
Berikut di bawah adalah gambar rajah usus sihat VS usus tertiris ( leaky guts )
*usus sihat dipanggil Normal Gut manakan usus tertiris dipanggil Leaky Gut


Rawat usus anda, dan psoriasis anda akan sembuh
Menurut Dr. Noordin Darus, dengan berpantang secara TEPAT ( dengan ilmu mengenai diet pemakanan ) boleh memberi kesembuhan. Dengan keyakinan dan usaha keras saya mengamalkan diet DND, saya berjaya melihat hasil dan bebas dari PSORIASIS.
Lantas saya telah berpantang hampir 3-4 bulan untuk menghentikan usus saya dari menerima makanan yang tinggi histamin (menyebabkan radang), tinggi gluten, susu dan makanan fast food. Saya berpantang agar usus saya kembali sihat dan dapat menutup jurang urus tertiris tersebut.
Selain berpantang agar usus saya kembali sihat, saya juga mengamalkan produk-produk dari DND seperti DND Sacha Inchi Oil untuk mengurangkan keradangan dan melancarkan aliran darah dan juga DND FiberUp untuk menyembuhkan dan merapatkan kembali usus saya.
Setelah usus saya sembuh, psoriasis mula berkurang dan membaik, dalam proses penyembuhan ini saya juga mengalami fasa Tipikal Steroid Removal yang saya akan ceritakan dalam posting yang lain.
Kini saya telah sembuh dan bebas dari psoriasis !
Inilah cara rawatan saya. Saya telah hasilkan sebuah e-book bagaimana cara untuk melakukan diet dalam E-Book Bebas Psoriasis

E-Book Bebas Psoriasis
Kini, psoriasis kak Achaa telah sembuh sepenuhnya. Psoriasis tidak lagi kembali hampir 2 tahun. Kak Achaa sudah boleh menikmati makanan seperti orang normal dalam kuantiti yang berpada-pada. Kak Achaa istiqamah mengelakkan pengambilan gula, susu lembu, gluten yang tinggi setelah sembuh di samping mengamalkan produk DND untuk mengekalkan kesihatan.