Daging Ayam tinggi Omega-6 dan antibiotik
Ayam zaman sekarang merupakan ayam komersil yang kebanyakkannya diberi makan dedak. Oleh kerana dedak terhasil dari jagung yang kaya dengan Omega-6, menyebabkan ayam juga tinggi radang. Anda harus faham bahawa Omega-6 (Fatty Acid) bersifat radang.
Ditambah pula dengan pelbagai cucukan hormon & antibiotic terhadap ayam demi memastikan ayam dapat membesar dengan cepat (Secepat 28 hari sedia untuk disembelih dah dijual)
Pilihan ayam organik / ayam yang dibela sendiri / ayam kampung adalah lebih baik. Namun begitu tidak banyak bekalan kerana kos membela ayam organik / kampung adalah tinggi.
Jadi pengambilan ayam yang tidak organik ( tinggi Omega-6 & antibiotik ) boleh menyebabkan pengidap psoriasis dan ekzema menghadapi keradangan.
Video dari Dr. Jue, seorang Doktor di Malaysia yang menerangkan mengenai kenapa ayam boleh menjadi punca radang bagi pengidap psoriasis & ekzema.
E-Book Bebas Psoriasis
Setelah menyedari masalah yang terdapat pada ayam-ayam di pasaran. Kak Achaa ketika pantang untuk sembuh, memang tak sentuh langsung ayam & daging. Setelah sembuh psoriasis pula, kak Achaa kurang-kurangkan makan lauk ayam, dah boleh makan ayam tapi bukan setiap hari. Sekiranya ingin makan ayam, kak Achaa biasanya masak sendiri, ayam lebih segar dan punya pilihan beli ayam bebas antibiotic dan organik.