Tahukah anda terdapat lebih 5 hingga 7 jenis Psoriasis yang biasa di kenalpasti.
Jom kita kenali beberapa jenis psoriasis yang biasa dihadapi oleh pengidap psoriasis. Sesorang boleh mengidap satu jenis atau lebih psoriasis.
-
Plaque Psoriasis
- Psoriasis ini paling umum terjadi pada manusia. Jenis psoriasis ini menyebabkan kulit menjadi ruam kemerah-merahan, kulit kering dan bersisik sehingga disebut plak. Penderita psoriasis plak ini akan mengalami rasa kegatalan yang sangat dan pedih pada bahagian kulit. Psoriasis ini boleh timbul di mana-mana bahagian badan. Kebiasaanya akan timbul di lutut, sikut atau kulit kepala.
-
Guttate Psoriasis
- Gejala psoriasis jenis ini adalah ruam berupa bintik-bintik kecil seperti titisan air. Ruam-ruam ini berlapis sisik dan biasanya muncul pada bahagian tubuh badan seperti lengan, kaki dan kulit kepala. Penyakit psoriasis jenis ini lebih sering menyerang anak-anak dan remaja. Namun terdapat juga orang dewasa dan warga emas yang mengidap psoriasis jenis ini.
-
Pustular Psoriasis
- Penyakit psoriasis pustular dapat menyebabkan ruam-ruam merah yang pedih dan akhirnya kulit akan menjadi melepuh dan bernanah. Ruam tersebut boleh muncul di seluruh bahagian tubuh atau pada bahagian tertentu seperti kelompak di kaki, tangan atau hujung hari. Selain itu pustular psoriasis yang menyebar ke seluruh boleh menyebabkan penderita demam, menggigil, rasa sangat gatal, dan hilang berat badan.
-
Inverse Psoriasis
- Psoriasis jenis ini akan menyebabkan tumbulnya ruam merah yang terasa halus dan umumnya terjadi pada bahagian-bahagian lipatan kulit seperti celahan ketiak, dada, atau selangkangan. Ruam-ruam ini juga boleh menjadi lebih teruk apabila permukaan celahan bergeser kulit.
-
Scalp Psoriasis
- Penyakit psoriasis jenis ini menyebabkan munculnya sisik tebal yang terasa gatal pada sebahagian atau bahkan hingga seluruh kawasan kulit kepala. Ruam yang merebak hingga ke leher, telingan, muka. Bahagian kulit yang mengelupas akan terlihat putih seperti kelemumur berguguran namun lebih besar dari segi saiz. Psoriasis ini menggangu kesihatan rambut, menyebabkan keguguran rambut. Selain itu rasa gatal di kulit kepala. Hal ini menyebabkan penderita psoriasis merasa amat stress, malu dan kurang keyakinan berhadapan orang ramai.
-
Nail Psoriasis
- Psoriasis jenis kuku ini bukan dari kategori khusus penyakit psoriasis. Namun hampir 50% pengidap psoriasis mengalami psoriasis di bahagian kuku. Terjadi perubahan warna kuku, pertumbuhan kuku tidak normal, kuku menjadi rosak seperti bercabang, patah, mati dan tercabut.
-
Arthritis Psoriasis / Rheumatoid arthritis
- Psoriasis jenis ini merupakan penyakit radang sendi yang dapat menyerang sesiapa sahaja tidak kira muda ataupun tua. Secara amnya, pesakit rheumatoid arthritis (RA) mengalami nyeri dan kaku pada sendi terutamanya pada sebelah pagi dan gerakan sendi terbatas. Rheumatoid arthritis yang kronik boleh menyebabkan jari atau pergelangan tangan menjadi sangat sakit dan tidak dapat bergerak seolah lumpuh.
-
Erytrhodemic Psoriasis
- Psoriasis eritrodermik akan menyebabkan kulit mengelupas , rasa gatal luar biasa, dan merasa panas seperti kulit terbakar. Psoriasis ini umumnya menyakitkan dan perlukan rawatan khusus di rumah
Terdapat beberapa variasi pecahan psoriasis yang khusus dari jenis psoriasis umum yang dinyatakan di atas, terdapat juga pengidap psoriasis yang juga mengalami masalah kesihatan autoimmune yang lain seperti tiroid, gerd (gastric), dan asthma serta pelbagai lagi penyakit autoimmun yang lain.
E-Book Bebas Psoriasis
Jadi psoriasis jenis apakah yang anda hadapi ? Kak Acha mengidap 3 jenis psoriasis iaitu scalp psoriasis, guttate psoriasis dan nail psoriasis. Namun berkat berpantang bersungguh-sungguh dan mengamalkan produk-produk DND Wellness. Ketiga-ketiga psoriasis tersebut sembuh. Dapatkan E-Book Bebas Psoriasis untuk panduan merawat psoriasis.